Kursus Induksi Staf Baru 2020
4 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 3 Julai 2020 telah bermula Kursus Induksi Staf Baru bagi tahun 2020. Kursus Induksi Staf Baru ini merangkumi latihan skop kerja bagi memenuhi kekosongan jawatan sebagai Pengurus dan Penolong Pengurus di Pusat Internet yang akan ditempatkan. Kursus Induksi Staf Baru ini telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bertempat di Pusat Internet PPR Pinggiran Bukit Jalil yang dikendalikan oleh dua orang kakitangan Pusat Internet iaitu Puan Nurafreeda Binti Amir (Pengurus Pusat Internet PPR Bukit Jalil) dan juga Puan Mazni Binti Idris (Pengurus Pusat Internet Kubu Gajah).
Antara perkara yang dipelajari melalui perkongsian kursus ini adalah seperti KPI 2020, Monthly Collection, Central Management System (CMS) , CBS Data, MyComm, Community Empowerment Activity, Digital Literacy, Place of Attraction, Advocacy Programme, e-Waste Awareness, kemaskini portal berita dan sosial media (Fb, Fb Page & Intagram) dan lain-lain lagi penerangan. Di samping itu, adanya demonstrasi penggunaan CMS yang turut diajarkan oleh pengendali berkenaan sistem Server dan transaksi jualan. Contohnya, terdapat demo merekodkan bil penggunaan internet, percetakan, pengimbasan, fotokopi, kehadiran kakitangan dan pendaftaran keahlian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: